Penubuhan Sekolah
Sekolah Kebangsaan Minden Height didirikan di atas sebidang tanah seluas ekar yang telah disediakan oleh pemaju perumahan ketika kawasan perumahan Minden Height dimajukan. Kawasannya terletak di kaki bukit dan di tengah-tengah kawasan perumahan.
Penubuhan sekolah ini memberi kemudahan pendidikan awal kepada anak penduduk di tiga kawasan perumahan iatiu Minden Heigth, Taman Brown dan flat Taman Tun Sardon.
SKMH siap dibina dan beroperasi sepenuhnya pada April 1987. Seramai 92 orang murid sulungnya terdiri daripada murid Tahun Satu terpaksa menumpang di SRK Bukit Gelugor pada bulan Januari 1987. Murid-murid tersebut dikendalikan oleh lima orang guru iaitu En Abdul Aziz b Mohd Zain, En Ang Boon Chong, En D. Ragupathi, Puan Lim Guat Liang dan Puan Balkish bt SV Shaik Daud. Mereka dipimpin oleh guru besar ketika itu, Allahyarham En Kamaruddin @ Satar bin Mohd Noor. Mereka menumpang di SRK Bukit Gelugor dari 3 Januari hingga 4 April 1987.
Pada 20 April 1987, seramai 340 orang murid dari beberapa buah sekolah berhampiran, termasuk murid Tahun Satu yang menumpang di SRK Bukit Gelugor diarahkan berpindah ke SKMH. Bermula dari tarikh itu, murrid SKMH bertambah dengan begitu ramai sehingga tahun 1990, SKMH dijalankan dalam dua sesi.









